4.

Hari itu aku main dodgeball.

Aku tak pernah main dodgeball.

Aku tak pernah main apa-apa sukan pun sebenarnya, sebab sebagai orang yang berlebihan lemak cam aku nih, memang sukar orang nak terima masuk dalam pasukan mereka untuk bersukan-sukan ini. Jadi selama aku di tempat-tempat pembelajaran, aku selalunya duduk di tepi court sambil tepuk-tepuk tangan jerit-jerit sahaja.

Jadi, kau tahu berapa bangga nya aku dapat dipilih menjadi pemain dodgeball untuk kumpulan sekmok di kawasan aku? Walau team ke 2 sahaja (i.e. team yang confirm kalah).

So dalam beberapa rounds yang kami main, kami cuma menang dua kali sahaja. Tapi tak mengapalah, sebab tujuan asal yang dipesan oleh trainer dan seniors kami adalah “Have Fun and burn fat!” sahaja. So memang itu lah kami buat. Bukan main main-main, cuma, sedar atas ruang diri dan talent yang ada.

Burn Fat tu pulak is moot – sebab selain dari semangat berjuang yang tinggi (untuk have fun), kami juga bawa maceroni goreng, buah-buahan, sandwich dan air.

Tapi kami have fun lah dengan bermain dodgeball. Sampai lah ke satu peringkat di mana kami bermain dengan kumpulan yang berkawan dengan tetuan pengadil dan penganjur sukan tersebut. Referee biased gila yang telah membangkitkan amarah aku.

(To be fair, ada banyak je benda-benda yang boleh menaikkan amarah aku. Bilik yang panas dan kurang air-cond jugak boleh menyemarakkan amarah aku kepada masyarakat sejagat.)

Dan bila aku amarah, aku pun jadik jiwa kacau.

Tapi aku tetap lah sekali berjuang demi tidak memalukan Team 2 Putrajaya #2. (Walaupun….)

Tengah dengan lincahnya menghalang serangan bertalu-talu daripada kumpulan lawan.

SEKALI TU AKU BARU PERASAN AKU TINGGAL SORANG-SORANG DALAM GELANGGANG!

Sebab kawan-kawan lain sudah mati dilanggar dodgeball.

Dan pasukan lawan pulak ada empat biji bola bersama mereka.

Aku diri je lah depan mereka, agak pasrah.

Tapi eh, dengan mentel dia orang main acah-acah pulak. Main nak campak bola tapi tak jadik, campak bola tapi tak jadik.

Kau ni dah kenapa? Getus aku dalam hati. (Wah, berjaya juga aku guna “getus” dalam penulisan aku).

HOI! BALING JE LAH!

Aku jerit kat budak mentel yang acah-acah baling bola kat aku tu.

Dan Team #2 Putrajaya 2 pun kalah dengan sekian kalinya.

The End.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s